Wednesday 31 July 2013

Cicak oh Lizard !!



Bismillahirrahmanirrahim, dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


Salam Ramadhan Kareem buat p'baca. Semoge b'sama2 kte m'gandakan amal Ibadah, p'bnyakkn pahala di 10 malam t'akhir ney..(p/s: diri sendiri gaakk)


Today, nk citer sket la pasal cicak a.k.a lizard..why??knap2?? mmh siang td kemas2 rumah t'tibe ad cicak beso (mcm cicak tokek kot) muncul di celah2 board. Mak mmg suke bunuh cicak ney. Kalo teman bole jer tp agak la geli geleman sikit. And seketika itu t'pikir knpe dpt pahale plak bunuh cicak ??? da lame t'pikir tp nk kne searh la plak atopun sibuk sgt x ingt nk search. but ari ney da dpt jawapannya.. Persoalan dlam otak :eh betoi ke bunuh cicak ney sunat and dapt pahala ek???








nah amek cicak tokek


Adakah ada sebab-sebab tertentu. Ada haiwan-haiwan yang berjasa. Misalnya merpati yang membuat sarang dan bertelur di atas pintu gua Thur, dan labah-labah yang membuat sarang di pintu gua. Juga biawak (atau dhob atau haiwan seumpamanya) yang berusaha menghapuskan jejak kaki Nabi SAW dan Abu Bakar RA ke gua Thur, namun tak semua berjaya dihapuskan sehingga dapat juga kafir Quraisy menjejaki sampai ke gua. Berbalik kepada cicak, aku telah mendapat jawapan kenapa kita disunatkan membunuhnya.



Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu." Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim AS dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim AS. (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan)


Begitulah kisahnya. Dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW ;


Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqqas) RA katanya: “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil.” [riwayat Muslim]

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW sabdanya : "Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul, dituliskan baginya pahala seratus. Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul pahalanya kurang lagi dari itu." [Riwayat Muslim]


Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang, kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi SAW bersabda:


Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh. [Riwayat Muslim].


Sama ada cicak, biawak, salamander, sesumpah, iguana atau buaya sekalipun, haiwan jenis merangkak berkaki empat ini memang mengagumkan. Biawak terbesar, biawak komodo mampu berlari lebih laju dari manusia. Sesumpah boleh mengubah warna kulit mengikut persekitaran. Juga jangan lupa cicak berupaya memutuskan ekornya tanpa rasa sakit, dan ekor itu akan tumbuh semula nanti. Rakyat Malaysia juga sudah dua kali menghabiskan 10 ringgit bagi menonton cicak di pawagam. Hahaha.


Sekian sahaja. ~Ilmu Bila Amal Kassyajari Bila Thamar~

No comments:

Post a Comment

Part 3: Cambodia (Phnom Penh)

Salam 1 Malaysia. Oke berhabuk sudah blogku ini setelah berzaman tidak update. Kini ku berasa mahu menulis semule memandangkan ku suke m...